Murid PASTI belajar sementara di dewan makan masjid

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

TANAH MERAH:
Seramai 35 murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) as Syakirin Peralla terpaksa menumpang di Dewan Makan, Masjid Mukim Peralla buat sementara waktu.

Pengawai Seranta Dun Gual Ipoh Razali Yusoff berkata, pelajar terbabit menumpang di dewan makan memandangkan bangunan kelas PASTI masih dalam proses pembinaan.

- Advertisement -

Katanya kira-kira RM100,000 diperlukan bagi membina bangunan baharu untuk memberi keselesaan kepada murid-murid PASTI dan guru.

“Bangunan baharu kelas PASTI dibina memandangkan sambutan ibu bapa terhadap institusi pendidikan awal kanak-kanak itu semakin menggalakkan.

“Oleh itu kami melaksanakan kutipan derma sambil makan nasi Sabtu lepas di tapak pembinaan dan mendapat sumbangan lebih RM50,000,” katanya di sini.

Razali juga berkata, syarikat perlombongan emas di Sokor, CMNM Mining Group Sdn Bhd turut tampil menghulurkan derma sebanyak RM10,000.

Katanya sumbangan derma juga diterima daripada Kelab Saen Sahabat Veteran, Pemuda PAS Dun Gual Ipoh, Majlis Tindakan Dun Gua Ipoh dan Ladang Rakyat Gual Ipoh.

Bagaimanapun katanya juga sumbangan masih dibuka kepada para dermawan bagi membolehkan bangunan PASTI dapat disiap menjelang sesi baharu persekolahan tahun hadapan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Muamalat – 03060000097715 atas nama Pasti as Syakirin, atau boleh hubungi talian 019-981 5241. – HARAKAHDAILY 3/10/2022

- Advertisement -