DAP tidak relevan untuk rakyat Malaysia

- Advertisement -

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khiruddin yang menggesa rakyat Malaysia menolak DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Penerangannya, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim berkata, hal itu disebabkan kenyataan daripada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang melabel PAS sebagai sebuah parti yang rasis serta mengandaikan Malaysia akan lenyap sekiranya PAS mentadbir negara ini.

Menurutnya, kenyataan itu dilihat menyemai perasaan benci dan takut rakyat terhadap PAS, seterusnya menjadi batu api dengan menghasut rakyat tidak percaya dengan PAS.

- Advertisement -

“Sepanjang tempoh pemerintahan PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu membuktikan PAS tidak pernah menindas golongan yang bukan Melayu-Islam malahan masyarakat Siam-Buddha di Kelantan hidup harmoni dalam kalangan Melayu-Islam.

“Keistimewaan budaya Kelantan sebati dalam diri mereka sehingga orang Cina Kelantan fasih berbahasa dialek Kelantan, mempamerkan mereka selesa hidup di bawah pemerintahan PAS lebih 30 tahun,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sebaliknya,kata beliau  pentadbiran DAP di Pulau Pinang dilihat menindas dan sering menganaktirikan golongan berpendapatan B40.

Ini, kata beliau misalnya banyak pembangunan projek mega dijalankan namun, tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang terutamanya orang Melayu.

Selain itu, tambahnya terdapat isu-isu sensitiviti agama sering dipermainkan dan isu penternakan babi secara haram dan tidak terkawal di Tasek Gelugor.

“PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa kerajaan DAP adalah kerajaan yang gagal dan tidak relevan untuk rakyat Malaysia.

“Justeru DAP mesti ditolak pada PRU15 demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 3/10/2022

- Advertisement -