Bongkar PH-DAP ganggu kedaulatan Melayu, Islam

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ts Ir Khairil Nizam Khiruddin
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

BESUT: Pemuda PAS disaran mendedah dan mengingatkan rakyat mengenai kegagalan serta kejahatan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sebagai senjata menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata pendedahan dan maklumat mengenai kegagalan PH semasa mentadbir negara mudah untuk diperolehi melalui platform internet.

“Serang DAP dengan PH bukan roket sains, tekan sahaja di internet ‘apa kejahatan DAP’, keluar semua benda. Mustahil tidak reti main (menggunakan) internet anak-anak muda?

“Yang penting serangan yang dituju bersusun dan arahan diberi secara naratif oleh ketua penerangan di peringkat dewan-dewan,” katanya semasa berucap pada Ijtimak Tarbawi 8.0, di sini, petang semalam.

Menurut Khairil Nizam, rakyat perlu diingatkan mengenai sikap PH dan DAP yang menggangu kedaulatan Melayu dan Islam.

Katanya, rakyat juga perlu diingatkan mengenai cubaan segelintir pihak dalam PH yang menggugat institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang negara.

“Saya menyeru seluruh Pemuda PAS, anak-anak muda khususnya sama ada muslimin atau muslimat, pastikan serangan bertali arus dan ingatkan kepada rakyat kejahatan PH yang memerintah selama 22 bulan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/10/2022

- Advertisement -