Teknologi EV menyokong Dasar Automatif Nasional

- Advertisement -

FOKUS MOSTI untuk meningkatkan pembangunan dan penggunaan teknologi EV tempatan bagi menyokong sasaran Dasar Automatif Nasional 2020 untuk menyediakan kira-kira 5,000 stesen pengecas EV akan tercapai melalui penganjuran ekspo semalam.

Semalam saya diberi penghormatan memberi ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Smart Nation Expo 2022. Ekspo yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dan tamat pada 29 September 2022.

Pelbagai pameran disediakan antaranya pameran terbaharu dalam 5G, Bandar Pintar, IR4.0 dan Teknologi Baru Muncul termasuk Kepintaran Buatan, Realiti Maya, Robotik dan IoT yang melibatkan lebih 400 pempamir yang mewakili syarikat-syarikat dalam dan luar negara. Manakala EVM ASIA 2022 yang ditempatkan bersama – Kenderaan Elektrik atau Hibrid, Teknologi Mobiliti dan Bahagian Auto dan Pameran Komponen menampilkan 160 peserta pameran.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berbesar hati menjadi sebahagian daripada rakan kongsi acara pada hari ini, yang selaras dengan objektif MOSTI dalam menerajui transformasi digital Negara dan memperjuangkan pembangunan industri Kenderaan Elektrik melalui kerjasama Kementerian dan agensi berkaitan.

Acara semalam dilihat selari dengan fokus MOSTI untuk meningkatkan pembangunan dan penggunaan teknologi EV tempatan bagi menyokong sasaran Dasar Automotif Nasional 2020 untuk menyediakan kira-kira 5,000 stesen pengecas EV bagi memperkukuh sokongan infrastruktur EV. Langkah ini akan menggalakkan orang ramai untuk memiliki dan menggunakan EV. Kerajaan komited untuk menangani cabaran yang menyekat pertumbuhan industri EV negara.

MOSTI juga telah melaksanakan program untuk mengubah Malaysia daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi dan menjadi sebuah negara berteknologi tinggi. Antaranya ialah penciptaan Technology Commercialization Accelerator (TCA), Malaysia Science Endowment (MSE) dan National Technology Innovation Sandbox (NTIS).

Dengan kerjasama agensinya, MOSTI juga telah membangunkan pelan hala tuju dalam sektor strategik termasuk robotik, nanoteknologi, ekonomi hidrogen dan syarikat baru. Penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan, inovasi dan ekonomi atau pelan hala tuju R,D,C,I&E akan menyepadukan strategi yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan semua pelan hala tuju ini.

DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) – HARAKAHDAILY 28/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -