Sarawak sebagai model untuk Hari Keharmonian di Malaysia

- Advertisement -

PROGRAM Sambutan Hari Keharmonian telah berlangsung dengan jayanya di Kpg Siol Kandis, Kuching baru-baru ini yang dirasmikan oleh Dr Halimah Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Malaysia. Sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung dan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak dan juga pimpinan PAS Sarawak.

Dalam program ini turut diadakan acara Sukaneka Perpaduan dan pemeriksaan kesihatan (booth kesihatan) kepada penduduk kampung yang hadir. Pelbagai acara seperti gendang atau lebih dikenali sebagai bermukun merupakan khazanah budaya dan kesenian masyarakat Melayu dan Melanau Sarawak. Acara ini disambut oleh pelbagai kaum dan agama. Ramai kanak-kanak turut bergembira menyertai acara ini dan terdapat juga nyanyian lagu kebangsaan sebagai acara persembahan.

Semoga sambutan Hari Keharmonian ini amat sesuai diadakan di Sarawak kerana rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik dapat menjalinkan hubungan baik antara kaum dan agama ini tanpa ada perasaan prejudis. PAS Sarawak berharap semua penduduk di Sarawak dapat menjadikan Hari Keharmonian ini sebagai model perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

Rakyat Sarawak juga diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah golongan tertentu yang suka menggugat perpaduan kaum yang diamalkan sejak sekian lama di Sarawak. Semoga sambutan Hari Keharmonian ini dapat mengeratkan perpaduan dan hubungan antara masyarakat setempat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version


Sarawak as a model for Harmony Day in Malaysia


The Harmony Day Celebration Program, which was recently held at Kpg Siol Kandis in Kuching, was officiated by Dr Halimah Ali, Chairman of PAS Malaysia’s National Unity Council (LPN), and was also attended by the Sarawak PAS Commissioner and Sarawak PAS leadership.

In this program, a Unity Sports event was also held, and a health check-up (health booth) was also held for the villagers who attended. Various events such as gendang, better known as bermukun, are the cultural and artistic treasures of the Malay and Melanau communities of Sarawak. This event is celebrated by various races and religions. Many children were also happy to participate in this event, and there was also the singing of the national anthem as a performance event.

Hopefully this Harmony Day celebration is very suitable to be held in Sarawak because the people of Sarawak, who are made up of various races, religions, and ethnicities, can establish good relations between these races and religions without any feelings of prejudice. PAS Sarawak hopes that all residents in Sarawak can make this Harmony Day a model of unity between races and religions in this country.

The people of Sarawak are also reminded not to be easily deceived by the propaganda of certain groups who like to undermine the racial unity that has been practised for a long time in Sarawak. Hopefully this Harmony Day celebration can strengthen unity and relationships between local communities regardless of race, religion, and political beliefs.

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS commissioner – HARAKAHDAILY 28/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -