Malaysia kongsi pelbagai aspek bersama Belanda

- Advertisement -

SESI pertemuan bersama Menteri Infrastruktur dan Pengurusan Air Belanda, TYT Mark Harbers di Ibu Pejabat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Montreal Kanada.

Dalam pertemuan ini, kami membincangkan beberapa isu berkaitan sektor penerbangan dengan memberi tumpuan kepada insiden pesawat MH17 di mana Mahkamah Belanda akan membuat keputusan berhubung empat suspek yang terlibat dengan nahas itu pada 17 November ini. 

Malaysia akan menghantar wakil untuk menghadiri perbicaraan itu selepas bertahun-tahun menuntut keadilan untuk mangsa tragedi nahas pesawat tersebut.

Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Belanda atas bantuan dan tindakan proaktifnya dalam proses penyiasatan serta pendakwaan.

Selain itu, kami turut menyentuh mengenai latihan penerbangan dron di kedua-dua buah negara dan Belanda dengan berbesar hati menjemput wakil Malaysia hadir ke ‘Amsterdam Drone Week’ yang akan diadakan pada Mac 2023.

Kami amat gembira apabila mengetahui Malaysia dan Belanda berkongsi pandangan yang sama dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan turut menyokong matlamat ICAO iaitu memperkasa agenda Skim Pengurangan dan Mengimbangi Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).

Met with H.E Mark Harbers, Minister of Infrastructure and Water Management of the Netherlands for a bilateral meeting at the ICAO headquarters. 

We discussed several aviation-related issues during the meeting, with the focus on the downing of MH17 and the upcoming verdict which will take place on 17 November 2022 as the Dutch court handling the murder trial of four suspects announces its ruling. 

It has been decided that Malaysia will send its representatives for the hearing after years of seeking justice for the victims of the tragedy. 

On behalf of the Malaysian government, I expressed my gratitude to the government of the Netherlands for its assistance and its proactive actions in the investigation and prosecution process. 

We also talked about drone flying training in both countries and the Netherlands had graciously invited the Malaysian representatives to the Amsterdam Drone Week which will be held in March 2023. 

We’re glad to note that both our countries are sharing the same views in environmental sustainability and are both supportive of ICAO’s Carbon Offsetting and Reduction Scheme for International Aviation (CORSIA).

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 28/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -