Kota Bharu miliki Pusat Kesenian 3D terbesar di Pantai Timur

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan kini memiliki Pusat Kesenian dan Warisan berasaskan lukisan tiga dimensi (3D) yang pertama dan terbesar di Pantai Timur di Tingkat 1, Bazar Tengku Anis.

Kota Bharu 3D Art & Heritage Centre (KB3D) diwujudkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Kini dibuka kepada orang ramai sebagai produk baharu pelancongan.

Fasa pembinaan pertama bermula dengan keluasan keseluruhan bersaiz 12,000 kaki persegi yang mempamer 45 galeri dan menyediakan kemudahan letak kereta yang luas.

- Advertisement -

Selain itu kemudahan tangga bergerak, permandangan menarik, ruang menunggu, kaunter tiket, tandas pengunjung yang bersih dan terdapat galeri jualan.

Projek yang memberi pendedahan kepada komuniti untuk melihat seni 3D dianggap mampu menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

KB3D dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dengan tiket RM10 bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah serta RM20 untuk dewasa.

Muzium seni itu turut menerima kunjungan delegasi Pejabat Penyelidikan dan Inovasi (UiTM) yang diketuai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman, Pengarah Research Nexus UiTM (ReNeU) Prof Dr Nooritawati Md Tahir dan Timbalan Pengarah (Impak) Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Prof Dr Nor Azura Md Ghani, semalam.

Sehari sebelum itu, KB3D dikunjungi rombongan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah yang teruja melihat mural tiga dimensi bertema seni, budaya dan warisan Kelantan. – UPKN

- Advertisement -