‘Jual produk tiruan pada harga tulen’

- Advertisement -

KAUT untung besar jual barang tiruan’ dan ‘didakwa jual beg berjenama tiruan, usahawan terkenal tipu pelanggan’. Ini hanyalah beberapa petikan daripada tajuk utama di media membabitkan penjualan barangan tiruan berjenama di pasaran yang sering kali mendapat perhatian umum.

Tentunya aktiviti seumpama ini bukan sahaja menganiaya pengguna tetapi juga pemilik cap dagangan barangan berjenama ini yang terpaksa menanggung kerugian besar akibat aktiviti haram ini.

Sejak 2018 – Ogos 2022, pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP telah melaksanakan sebanyak 2,837 rampasan ke atas pelbagai barangan tiruan dengan nilai dianggarkan RM73.3 juta. Usaha membanteras barangan tiruan dan cetak rompak ini dilaksanakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Dengan hanya bersandarkan 2,000 anggota Penguat Kuasa di seluruh negara, pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP tetap komited meskipun dalam masa yang sama, mereka harus memberikan perhatian terhadap isu-isu penguatkuasaan lain di bawah seliaan KPDNHEP.

Komitmen pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP dalam membanteras penjualan barangan berjenama tiruan ini turut mendapat perhatian pihak pengurusan Louis Vuitton yang menzahirkan penghargaan mereka kepada KPDNHEP sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke kementerian baru-baru ini.

Dalam pertemuan bersama UK Intellectual Property Office (UKIPO), saya diberikan penjelasan oleh Ketua Eksekutif Interim UKIPO Adam Williams, mengenai pasukan Unit Jenayah Harta Intelek (PIPCU) – sebuah pasukan khas jenayah IP, yang beroperasi di bawah pasukan polis London dan dibiaya oleh IPO UK.

Sejak ditubuhkan pada 2013, PIPCU telah menjalankan siasatan terhadap pelbagai kes jenayah IP bernilai lebih 222 juta pound, memusnahkan lebih 115,000 laman web menjual barangan tiruan dan membuat pelbagai rampasan.

Penubuhan pasukan penguatkuasaan ini yang memfokuskan kepada jenayah IP tentunya amat bertepatan, mengambil kira skop cabaran yang begitu luas di dalam isu-isu berkaitan IP.

Dalam pertemuan ini juga yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNHEP Datuk Roziah Abudin, En Abdul Haris Lakar Ketua Pengarah MyIPO dan En Arunan Kumaran, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan Antarabangsa KPDNHEP, kami turut membincangkan mengenai pelbagai usaha yang memberi penekanan kepada kepentingan nilai harta intelek yang dapat membantu melebarkan sayap dan inovasi perniagaan mereka.

Paling utama bukanlah jumlah pendaftaran yang berjaya direkodkan, tetapi bagaimana setiap perniagaan yang berjaya didaftarkan ini mampu memberikan impak yang positif.

‘Selling fake products at original prices’, ‘Making big profits selling counterfeit goods’ and ‘Famous entrepreneur defrauds customers by selling counterfeit products’.


These are just a few excerpts from the headlines highlighted in the media involving the rampant sale of counterfeit branded goods in the market which has been drawing public attention.


Of course, this has not only oppressed the consumers but also the owners of the trademark of these branded goods who have to bear huge losses as a result of this illegal activity.


From 2018 – August 2022, the Domestic Trade And Consumer Affairs (KPDNHEP) Enforcement team has carried out a total of 2,837 seizures of various counterfeit goods with an estimated value of RM73.3 million. Efforts to combat counterfeit and pirated goods are carried out in accordance with the Trademark Act 2019.


With only around 2,300 Enforcement members  nationwide, the team remains committed to execute the task to fight this illegal activity amidst other responsibilities under their purview in the ministry.


The commitment of KPDNHEP’s Enforcement team in combating the sale of fake branded goods has also caught the attention of Louis Vuitton management who expressed their appreciation to KPDNHEP during a courtesy visit to the ministry recently.


In a joint meeting with the UK Intellectual Property Office (UKIPO) today, I had the opportunity to learn more about the UK’s Intellectual Property Crime Unit (PIPCU) by UKIPO’s Interim Chief Executive, Adam Williams.

PIPCU is a special IP crime team, which operates under the London police force and is funded by the IPO UK.


Since its establishment in 2013, PIPCU has conducted investigations into various IP crime cases worth more than 222 million pounds, destroyed more than 115,000 websites selling counterfeit goods and made various seizures.


The establishment of this enforcement team that focuses on IP crimes is certainly timely, considering the wide range of challenges in IP-related issues.


In this meeting which were also attended by KPDNHEP Deputy Secretary General (Domestic Trade) Datuk Roziah Abudin, Mr Abdul Haris Lakar MyIPO director general and Mr Arunan Kumaran, KPDNHEP Deputy Director of Policy, Strategic and International Planning Division, we also discussed various efforts that emphasize the importance of the value of intellectual property that can help expand the wings and innovation of their business.


The most important thing is not the number of successful registrations recorded, but how each successfully registered business is able to provide a positive impact.


DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – HARAKAHDAILY 28/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -