Hari ini belia, esok pemimpin dunia

PETANG semalam terasa lebih bersemangat apabila bersama orang muda dalam Wacana Ilmu yang menghimpunkan mahasiswa dan belia anggota negara MABIMS (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei). 

Alhamdulillah syukur dapat merasmikan Webinar MABIMS Youth Talk yang bertemakan ‘Hari Ini Belia, Esok Pemimpin Dunia’. Webinar ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi zoom bersama mahasiswa dan belia anggota MABIMS.

Walaupun demikian, melihat semangat yang ditunjukkan oleh mereka, terasa seperti saya berada di hadapan para belia ini secara bersemuka. Insya-Allah para belia inilah berupakan pelapis yang bakal memimpin dan mentadbir negara suatu hari ini.

Apabila menyentuh berkenaan kepimpinan, al-Quran telah memberikan garis panduan yang jelas sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hajj ayat 41:

Advertisement

اَلَّذِيْنَ اِنْ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْاَرْضِ اَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتَوُا الزَّكٰوةَ وَاَمَرُوْا بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِۗ وَلِلّٰهِ عَاقِبَةُ الْاُمُوْرِ

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”

Dalam kepimpinan dan juga Penyatuan Ummah, contoh tauladan yang terbaik adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh itu, ikutilah setiap ajaran dan panduan yang diberikan oleh Baginda Nabi kepada kita semua.

Para belia juga perlu bergerak kehadapan untuk turut aktif di media sosial menghasilkan kandungan-kandungan dakwah dan mendidik dengan nilai-nilai murni melalui segala platform media sosial yang ada.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua peserta terutamanya dari Negara Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Malaysia yang bersama dalam webinar ini.

Semoga webinar ini dapat menjadi medium berkongsi idea, bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwwah antara negara-negara serantau.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 28/9/2022