Usaha tangani banjir kilat Tmn Manggis Indah

- Advertisement -

HARI ini bersama dengan wakil Penduduk Taman Manggis Indah, wakil rumah sekitar kedai Cikgu Taufik bertemu dengan agensi Kerajaan iaitu Pihak JPS,JKR dan ICU (Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang).

Perbincangan berkisar mengenai masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan tersebut. Ada pandangan, harapan, cadangan dan ada penerangan yang dikemukakan. Sememangnya kerjasama sebegini patut lakukan.

Banyak prosedur yang perlu dibuat, ada bidang masing-masing. JPS ada bidang kuasanya, JKR ada skop kerjanya. Kita juga berharap pihak Pejabat Daerah Barat Daya atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang juga ada bidang kuasanya turun untuk bersama dalam usaha mencari solusi ini.

Akhirnya satu persetujuan dicapai untuk turun melawat lokasi dan tindakan susulan perlu dilakukan secara menyeluruh secara berperingkat- peringkat agar musibah banjir kilat dapat diatasi.

Terima kasih kepada JD JPS,wakil JD JKR,wakil ICU dan wakil penduduk berkaitan atas pertemuan tadi.

Semoga Allah mengurniakan penyelesaiannya.

Amin.

“Malaysia Sejahtera”

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -