Presiden China digulingkan dalam rampasan kuasa?

- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

- Advertisement -

BEIJING: Media sosial  dihujani spekulasi bahawa Presiden China, Xi Jinping telah digulingkan dalam satu  rampasan kuasa yang mula berlaku apabila beliau berada di luar di Samarkand, Uzbekistan menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang bermula pada 14 September yang lalu. 

Khabar angin ini datang sebelum Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China pada 16 Oktober ketika JinPing dijangka memperoleh kuasa untuk penggal ketiga yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam tempoh lima tahun, lapor Economictimes.Indiatime

JinPing, yang telah memerintah dengan kuku besi sejak 2018, telah mengumpul kuasa yang tidak pernah disaksikan sejak Pengerusi Mao Zedong. 

Pada 2018, pihak berkuasa China meluluskan pemansuhan had dua penggal jawatan presiden, yang secara berkesan membenarkan Xi Jinping kekal berkuasa sepanjang hayat.

China telah mengenakan had dua penggal ke atas presidennya sejak 1990-an dan pemimpin utama China itu juga telah bertindak keras terhadap semua pembangkang di sekelilingnya

Pada awal minggu ini, dua bekas menteri telah dijatuhi hukuman mati kerana rasuah sebagai sebahagian daripada tindakan keras Xi terhadap rasuah, namun mereka digambarkan dalam beberapa laporan sebagai sebahagian daripada puak politik anti-Jinping.

Menurut catatan yang tidak disahkan di Twitter, Presiden China itu telah meninggalkan Samarkand sebelum upacara penutupan rasmi hanya untuk diletakkan di bawah tahanan rumah semasa mendarat di Beijing pada 16 September lalu.

Bagaimanapun, tiada laporan saluran berita antarabangsa percaya kepada khabar angin ini kementerian luar China juga berdiam diri mengenai topik ini serta beberapa laman web berkata khabar angin itu tidak berasas dan ia adalah sebahagian daripada konspirasi anti-JinPing.

Menurut laporan Times of India pula, beberapa catatan Twitter mendakwa JinPing  telah diletakkan di bawah tahanan rumah sebaik sahaja dia mendarat di Beijing pada 16 September baru-baru ini .

Beberapa warga China di Twitter mendakwa bahawa Tentera Pembebasan Rakyat telah mengambil alih dan yang lain membuat spekulasi bahawa Jeneral Li Qiaoming telah dilantik sebagai Presiden baharu China.

Tweet lain mendakwa bahawa lapangan terbang Beijing telah membatalkan 6,000 penerbangan antarabangsa dan domestik, dan penjualan tiket kereta api berkelajuan tinggi juga telah dihentikan.

Beberapa siaran media sosial mencadangkan bahawa perdana menteri China itu boleh dikuarantin berikutan ‘Dasar Sifar Covid’ ketat negara itu.

Di China, setiap individu yang pulang ke negara itu dari luar negara diwajibkan menjalani kuarantin.

Tidak ada laporan yang menyokong daripada mana-mana saluran berita antarabangsa yang terkenal, dan kementerian luar China juga berdiam diri.

Bagaimanapun, pada Ahad (25 September) waktu tempatan  Parti Komunis China berkata ia telah memilih semua perwakilan yang menghadiri mesyuarat politik penting mulai 16 Oktober, yang mana Jinping dijangka memperoleh penggal ketiga yang belum pernah terjadi sebelumnya. – HARAKAHDAILY 26/9/2022

- Advertisement -