Garuda Indonesia failkan prosedur kebankrapan Bab 15 AS – CEO

- Advertisement -


JAKARTA: Garuda Indonesia (GIAA.JK) telah meminta mahkamah di New York mengiktiraf perjanjian penstrukturan semula hutang syarikat penerbangan itu baru-baru ini di mahkamah Jakarta, di bawah Bab 15 Kod Kebankrapan AS.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irfan Setiaputra pada hari ini, Isnin (26 Sept) berkata, Garuda memfailkan kes Bab 15 lewat minggu lalu di mahkamah muflis New York, lapor Reuters.

Bab 15 memperuntukkan kerjasama antara mahkamah AS dan asing, jika terdapat kepentingan kewangan AS dalam prosiding. – HARAKAHDAILY 26/9/2022

- Advertisement -