Dunia kehilangan permata ummah Dr. Yusuf al-Qaradhawi

PETANG hari yang ditangisi oleh seluruh umat Islam.

Dunia kehilangan permata ummah, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, seorang ulama’ yang telah mencetak banyak kader dakwah serta membangunkan pemikiran umat melalui karya tulisannya yang sangat banyak.

Advertisement

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.‎ الفاتحة.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 26/9/2022