Anak muda Sabah makin tinggi kesedaran Islam – Idris

- Advertisement -

Oleh NUR SYARIFAH ARIFFIN

- Advertisement -

TAWAU: Golongan anak muda dalam masyarakat di Sabah dilihat semakin tinggi kesedaran terhadap keperluan Islam sebagai panduan dalam kehidupan.

Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad memuji golongan anak muda Sabah dengan berkata bahawa negara itu kini semakin subur dengan kerja-kerja kebajikan, dakwah dan pendidikan menjadikan seluruh ahli juga terdidik dalam usaha menterjemah gerak kerja PAS untuk membantu kesejahteraan Malaysia agar berkekalan.

“Apabila kita meletakkan Islam sebagai tunjang utama dalam mentadbir negara, maka semakin mudah kita mendidik masyarakat dengan syariat berpandukan al-Quran,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam program Liqa’ Fikri di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan telah menghimpunkan lebih 300 orang ahli sekitar kawasan Tawau, Kunak, Kalabakan, Semporna dan Lahad Datu.

Turut hadir Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat merangkap Setiausaha Politik, Wan Rohimi Wan Daud;Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ramli Pataruddin; Yang Dipertua PAS Tawau, Mohamad Hussain; dan Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. – HARAKAHDAILY 26/9/2022

- Advertisement -