Sejarah ngeri 22 bulan di bawah PH perlu dikenang

Gambar HarakahDaily: Rizal Tahir
- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Sejarah ngeri yang pernah tercipta selama 22 bulan ketika pentadbiran negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat wajar dikenang semua pihak.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, ketika 22 bulan Malaysia diperintah PH sangat menakutkan rakyat di negara ini.

- Advertisement -

“Pengalaman itu sangat pahit dan amat wajar dijadikan pedoman buat selama-lamanya,” katanya pada ceramah pra Himpunan Teguh Pertahan di pekarangan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, malam tadi.

Ketika pentadbiran PH sering muncul isu perkauman sehingga ada penduduk bukan Islam berani mempertikaikan mengenai agama Islam, orang Melayu dan raja-raja.

Seorang ahli perniagaan yang dipercayai dekat dengan pemimpin PH pernah menggesa kerajaan PH mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, peluang yang ada hanya sekali, perlu diambil rakyat untuk menyelamatkan negara supaya sejarah ngeri itu tidak berulang.

Menurutnya juga, PAS Kelantan mengajak Umno di negeri itu untuk bersama mengekalkan perpaduan ummah demi kepentingan rakyat dan agama.

Kata beliau, walaupun PAS memenangi lebih dua pertiga majoriti di Kelantan, namun sentiasa menawarkan kerjasama demi kebaikan rakyat dan agama.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan Terengganu sebagaimana di Kelantan. Kita mesti kekalkan tiga negeri ini dan juga menangkan negeri-negeri lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/9/22

- Advertisement -