Kedah Motor Fest tarik minat anak muda

Sanusi menyertai acara Fun Ride sempena Karnival Sejahtera Prihatin Negara 2022 di Sungai Petani, Kedah pada 23 Sept 2022.
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

SUNGAI PETANI: Ribuan anak muda dijangka akan menyertai Kedah Motor Fest, esok (24 Sept) yang merupakan acara diadakan sempena Karnival Sejahtera Prihatin Negara 2022.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelbagai kategori motosikal akan mengambil bahagian termasuk motosikal klasik, besar, kecil dan sebagainya.

“Saya sendiri akan menunggang Lambretta. Di Malaysia, hanya ada tiga buah Lambretta tetapi kondisinya baik dan pernah digunakan mengelilingi dunia,” ujarnya selepas perasmian karnival berkenaan di Dataran Amanjaya Mall, di sini, hari ini.

Malam tadi Sanusi menyampaikan ceramah di pra Himpunan Teguh Pertahan di pekarangan Kompleks Sukan Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus, sebelum bergegas pulang ke Kedah.

Sanusi pada acara hadiah cabutan bertuah termasuk tiga motosikal  dimenangi peserta Fun Ride dan pengunjung di Sugai Petani Kedah pada 23 Sept 2022.

Pagi tadi, beliau bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu turut menyertai Fun Ride.

Sanusi berkata, Karnival Sejahtera Prihatin Negara merupakan program kerajaan negeri bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu akan diadakan cabutan nombor bertuah untuk tiga motosikal Y16 yang ditajanya, yang mana pagi tadi, beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk tiga motosikal  dimenangi peserta Fun Ride dan pengunjung. 

Karnival terbabit berlangsung selama tiga hari bermula 22 September lepas, diisi dengan pelbagai acara melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, serta pelbagai gerai jualan dan booth pameran juga disediakan sepanjang karnival itu berlangsung. – HARAKAHDAILY 23/9/2022

- Advertisement -