Tolak parti sering persendakan Islam

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Kestabilan negara dan keselesaan rakyat akan menjadi keutamaan jika negara mempunyai pemimpin yang baik, kata Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi.

Menurutnya, pemimpin yang baik juga akan menunjukkan akhlak yang baik dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

- Advertisement -

“Rakyat perlu sedar parti (pemimpin) yang wajar disokong adalah mereka yang membawa kestabilan dan menganjurkan suasana aman dalam negara.

“Jika mereka tidak menganjurkan suasana aman, kita perlu menolak parti-parti seperti itu, dan tentunya kita mahukan parti yang ada di Malaysia adalah parti yang rasional,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai langkah terbaik untuk memilih pemimpin atau parti politik untuk mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Sebelum ini pemimpin DAP sering mengeluarkan kenyataan mempersendakan Islam, antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilapor mempertikaikan kerajaan Allah yang menurunkan bala Covid-19.

Pada hantaran di Facebooknya Kit Siang menulis ‘Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global ekonomi dan ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”.

Bagaimanapun kemudiannya kenyataan itu didapati dipadam setelah mendapat kritikan pelbagai pihak.

Dr Mohd Syakir yang juga Pensyarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM berkata, komentar dikeluarkan segelintir pihak terhadap Islam kadang-kala keterlaluan. –HARAKAHDAILY 22/9/2022

Ikuti kupasan lanjut dalam Harakah edisi cetak

- Advertisement -