PEKA pamer aktiviti keharmonian kaum di Kelantan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Pusat Intergrasi Antara Kaum Negeri Kelantan (PEKA) dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan Pesta Tanglung 24 September ini.

Pengerusinya Lim Guan Seng berkata berkata, sempena program itu banyak lagi aktiviti lain akan diadakan yang mengambarkan keharmonian kaum di Kelantan.

Katanya, program tersebut termasuk pertunjukan tarian singa, seni mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat dan persembahan wushu.

- Advertisement -

“Kita akan mengadakan pertunjukan tanglung paling kreatif di samping pertunjukan kesenian dari tiga kaum yang terdapat di Kelantan.

“Sabtu ini merupakan kemuncak pesta tanglung yang turut diadakan di setiap kawasan parlimen,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media terbabit Pengerusi PEKA Kota Bharu, Teh Kar Yaw dan Ahli Jawatankuasa PEKA, Thanaletchumi Govindasamy.

Program tersebut akan dirasmikan anggota Exco Kerajaan Negeri Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman bermula pada jam 8.30 malam di Dewan Perniagaan Cina Jalan Kebun Sultan.

Program terbabit dinamakan sebagai Festival Silang Budaya iaitu Melayu Cina India dan Siam.

Guang Seng yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan berkata, hubungan antara antara kaum terus disemarak tanpa mengira latar belakang.

Malah pada majlis itu juga akan menampilkan simponi gendang membabitkan paluan gedombak Cina, Melayu dan Siam, di samping tiga artis menyanyikan lagu kaum.

“Jadi saya mengalu-alukan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan untuk menyertai pesta tanglung paling kreatif,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/9/2022

- Advertisement -