Kita cabar Anwar dan Anthony tutup premis judi di P Pinang

- Advertisement -

MENARIK satu petikan video ceramah Anwar Ibrahim, mengatakan “…soal judi, Anthony Loke ini lebih tegas daripada ustaz-ustaz PAS”

“DAP sedia untuk menolak cabutan (judi) sama sekali, hah itu dia panglima kita, Anthony Loke ini berani”.

Alhamdulillah, ini suatu perkara yang baik diumumkan oleh Anwar Ibrahim bahawa Anthony Loke (Panglima PH) menentang dan menolak judi.

Semua rakyat Malaysia perlu menyambut baik pengumuman daripada Anwar Ibrahim ini. Jangan perli atau jangan ejek.

Cuma, sebagai Panglima PH yang diangkat oleh Anwar Ibrahim, kita ingin cabar Anthony Loke untuk mendesak, menggesa dan bertegas dengan Kerajaan Pulau Pinang agar semua premis judi di sana ditutup.

Ya, kita ulang sekali lagi, sebagai Panglima PH, kita cabar Anthony Loke tekan Kerajaan Pulau Pinang tutup semua premis judi di sana.

Begitu juga kita desak Anwar Ibrahim, jika betul PH dan DAP bertegas dengan judi sebagaimana kata-kata dalam video dibawah ini. 

Maka, sebagai Presiden PKR, kami cabar anda, arahkan Amiruddin, Menteri Besar Selangor dan Aminuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan untuk tutup semua premis judi di kedua-dua negeri ini. 

Bukankah PH beriman dengan slogan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Maka laksanakan kata-kata ini. 

Kita yakin PH tidak akan ulangi lagi kalam “Janji bukan kitab suci”. Jika tidak PH akan terus ditolak oleh rakyat. 

Tiada alasan sebenarnya untuk tidak boleh laksanakan. Sedangkan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah telah pun berjaya untuk tidak benarkan lesen judi dikeluarkan. 

Lantas, sekali lagi, jika benar Anwar dan Anthony Loke betul bertegas dengan judi. Tutup premis judi di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. 

Jangan imejkan PH dengan gelaran sebuah parti yang hanya pandai berkata-kata tapi jahil dalam melaksana. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 22/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -