Tolak PH: Jangan bagi peluang ‘penipu besar’ berkuasa lagi

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengambil pendirian tegas untuk menyokong pendirian rasmi PAS Pusat yang menolak sebarang usaha mahupun kerjasama bersama dengan PH sama ada sebelum mahupun selepas PRU15.

Kami berpendirian, ‘track record’ PH yang jelas bersifat penipu, parasit, toksik dan virus sangat merbahaya jika diberikan ruang dan peluang untuk memimpin dan bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri mahupun Persekutuan. Maka kerana itu, sebarang usaha dan kerjasama yang melibatkan entiti PH hendaklah dijauhi dan ditolak bagi memastikan pentadbiran negara dan komuniti rakyat ini dapat terjaga dan hidup dengan sentosa dan harmoni.

DPPNP juga menyokong sebarang usaha dan juga kerjasama yang boleh menjadi perintis kepada agenda Perpaduan Ummah yang melibatkan parti-parti politik serta organisasi Islam dan Melayu Bumiputera yang boleh mengukuhkan kedudukan politik dan kuasa Islam di negara ini sekali gus keharmonian dan kerukunan rakyat di negeri ini dapat terjamin.

Besar harapan kami untuk melihat suatu muafakat politik yang menggabungkan semua parti politik Melayu Islam dalam menghadapi PRU15 yang akan datang sekali gus membentuk kuasa politik dominasi Melayu Islam yang stabil dan kompeten untuk memastikan kedaulatan dan keharmonian agama, rakyat dan negara ini sentiasa terjaga dan terpihara

AIREROSHAIRI ROSLAN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 21/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -