Sumbangan penuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH hari ini sumbangan peralatan berjalan dengan baik. Sumbangan kerusi roda buat Che Halijah Che Ismail yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Sebuah mesin rumput pula disumbangkan untuk saudara Tuan Bahari Tuan Bahru yang menjalankan kerja sampingan dengan mengambil upah memesin rumput.

Sebelum ini Puan Suzie Hasdillah binti Sukeri menggunakan cara manual untuk membuat doh roti canai bagi perniagaannya. 

Alhamdulillah dengan sumbangan sebuah mesin pengadun tepung yang disumbangkan ini dapat membantu meringankan persediaan membuat doh dan adunan serta dapat membantu menambahkan tempahan yang diterima dalam satu-satu masa.

Selain itu, sebuah mesin pemotong kayu disumbangkan kepada pihak JPKK Kg Tuan/Banggol bagi kegunaan dan manfaat warga kampung. 

Bagi NGO Ar-Rijal Care yang telah banyak menyantuni masyarakat setempat dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti di tanah perkuburan dan padang bola, sebuah mesin rumput disumbangkan kepada NGO berkenaan untuk memudahkan mereka turun membantu masyarakat.

Madrasah Darul Hikmah pula menerima sumbangan meja ping pong yang difahamkan akan digunakan oleh pelajar pondok tahfiz muslimat agar pelajar dapat beriadah dengan sebaiknya.

Cikgu Suhaidi pula hadir ke pejabat bagi menerima sumbangan cek mewakili Persatuan Wartawan Daerah Kemaman yang mana persatuan yang telah ditubuhkan lebih 15 tahun ini begitu aktif dalam mengadakan kursus serta bengkel kewartawanan dan penulisan.

Alhamdulillah hari ini sumbangan dapat disumbangkan kepada individu, pihak NGO, JPKK serta Madrasah. Moga-moga semua sumbangan hari ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua penerima.

YB TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 21/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -