Sekolah Agama YIK ungguli kecemerlangan sukan, akademik

Pelajar Yayasan Islam Kelantan membuktikan keunggulan mereka dalam bidang sukan dengan meraih juara keseluruhan KESSUMA ke-22.
- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

Tahun 2022 membawa sinar buat Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), yang  bukan sahaja unggul dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum , tetapi sebaliknya turut cemerlang dalam acara sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

- Advertisement -

Tahun 2022 membawa sinar buat sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), yang  bukan sahaja unggul dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum , tetapi sebaliknya turut cemerlang dalam acara sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Ia adalah susulan atlet YIK muncul tujuh kali juara Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) selepas menjuarai KESSUMA ke-22 yang berlangsung 

di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada 13 hingga 16 September lalu.

Dalam kejohanan yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, Dato’ Ir Ahmad Takiyuddin Abdul Rahman itu, YIK telah berjaya mengalahkan 12 pasukan lain yang turut bersaing.

Kali terakhir KESSUMA diadakan pada 2019 yang mana ia tidak dapat diadakan disebabkan pendemik Covid-19.

Kehebatan atlet YIK pada KESSUMA ke-22 terserlah selepas berjaya mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya merangkul tiga kejuaraan bagi acara bola sepak, bola tampar lelaki dan ping pong lelaki.

Diikuti gelaran naib johan bagi acara bola tampar perempuan dan tempat ketiga dalam acara badminton bagi kategori lelaki dan perempuan.

Bukan setakat unggul dalam bidang sukan, YIK turut menyerlahkan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila terbaharu, sekolah itu muncul johan keseluruhan bersama Kedah dalam pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAN) ke-8 yang diadakan di Alor Setar pada 2 hingga 4 September lepas.

Kedah dan Kelantan telah diumumkan sebagai johan bersama setelah berkongsi pencapaian dalam acara yang dipertandingkan iaitu 3 johan, 2 naib johan dan 3 tempat ketiga. 

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Idris Ahmad itu menyaksikan disertai 14 negeri dengan keseluruhan kontinjen seramai 600 orang.

MISSMAN kali ini menampilkan kategori terdiri daripada Tilawah Al-Quran Lelaki, Tilawah Al-Quran Perempuan, Hafazan Al-Quran Lelaki, Hafazan Al-Quran Perempuan, Syarahan Bahasa Melayu Lelaki.

Kategori lain termasuklah  Syarahan Bahasa Melayu Perempuan, Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki, Syarahan Bahasa Inggeris Perempuan, Syarahan Bahasa Arab Lelaki

Syarahan Bahasa Arab Perempuan, Khat Lelaki, Khat Perempuan dan Kitab Turath Lelaki.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, dengan kejayaan itu, ia berjaya  membuktikan bahawa sekolah agama seperti YIK bukan sekadar mementingkan pencapaian cemerlang dalam akademik, tetapi juga  tidak meminggirkan aktiviti sukan buat golongan pelajarnya.

“Saya merakam ucapan tahniah pada YIK kerana berjaya mencipta dua kecemerlangan di peringkat kebangsaan tahun ini, iaitu dalam KESSUMA ke-22 dan MIISMAN ke-8,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/9/2022

- Advertisement -