PASRelief agih 1,500 pek makanan mangsa banjir di Pakistan

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
PASRelief menyumbang sebanyak 1,500 sumbangan pek makanan kepada mangsa banjir di kawasan Umerkot Pakistan bagi meringankan beban mereka.

Setiausahanya Norhafiza Fadzil berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada rakan kerjasama di Pakistan berkaitan agihan sumbangan awal kepada mangsa banjir.

- Advertisement -

“Alhamdulillah program pengagihan bantuan makanan berjalan lancar. Makanan yang diberi itu hasil sumbangan pelbagai pihak di negara ini.

“Kehidupan rakyat Pakistan serba kekurangan dan ditambah pula dengan bencana yang melanda menjadikan mereka amat memerlukan bantuan dari luar termasuk Malaysia,” katanya di sini.

Oleh itu PASRelief berharap dermawan yang prihatin turut menyumbang bagi menjayakan Misi Bantuan Banjir Pakistan.

Sumbangan boleh dibuat melalui Maybank Islamic – 564070612333 atas nama Tabung PASRelief. – HARAKAHDAILY 21/9/2022

- Advertisement -