Lewandowski pakai lilitan Shevchenko di Piala Dunia Qatar

Robert Lewandowski memakai lilitan Ukraine ketika Poland mengalahkan Sweden untuk layak ke Piala Dunia.
- Advertisement -

Kapten Poland, Robert Lewandowski, berikrar untuk memakai lilitan warna bendera Ukraine pada lengan bajunya ketika Piala Dunia bagi menunjukkan solidariti dengan negara yang dilanda perang selepas mendapat lilitan biru dan kuning khas daripada Andriy Shevchenko.

Penyerang Barcelona itu bertemu bekas kapten dan jurulatih Ukraine, Shevchenko di Stadium Kebangsaan Warsaw untuk mengambil lilitan lengan yang akan dipakainya di Qatar bagi mewakili secara simbolik Ukraine yang gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.

- Advertisement -

Februari lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin, mengarahkan tentera negara itu memasuki Ukraine dalam tindakan yang Moscow panggil sebagai “operasi ketenteraan khas” untuk “melucutkan senjata” Kyiv, membersihkannya daripada “nasionalis” dan menghentikan perluasan NATO.

“Saya akan memakai warna bendera Ukraine pada Piala Dunia Qatar. Saya akan memakai lilitan lengan Shevchenko pada Piala Dunia November ini sebagai peringatan bahawa rakyat Ukraine tidak bersendirian dan kekal dalam fikiran kita,” katanya.

“Berada di sini dengan Andriy sangat bermakna bagi saya.”

Bekas penyerang Chelsea dan AC Milan, Shevchenko, yang bermain untuk Ukraine sebanyak 111 kali dan menjaringkan 48 gol serta mewakili Dynamo Kyiv sebelum bermain di luar negara, mengumpul dana untuk membina semula negaranya berikutan pencerobohan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lewandowski kerana tindakan solidaritinya dan untuk semua kerjanya bagi pihak negara saya,” kata Shevchenko. – REUTERS

- Advertisement -