Doa itu tidak memerlukan perantara

- Advertisement -

TIADA siapa yang menyangka di hadapan Kaabah ini ada ratusan berhala saat lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. Padahal Nabi Ibrahim A.S mengasaskan binaannya dengan kalimah tauhid.

Golongan musyrik pada zaman itu menyembah berhala bukanlah kerana menganggap berhala itu Tuhan tetapi sekadar menjadikannya perantara yang mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:

- Advertisement -

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ

“Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya.””

(al-Zumar: 3)

Antara ciri keistimewaan dan keunggulan Islam berbanding agama lain ialah umatnya berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T secara terus tanpa melalui perantaraan. Sabda Nabi S.A.W:

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ

“Jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.” 

(Riwayat al-Tirmizi (2516) dan Ahmad (2763). Dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’ut)

Berlalunya Rasulullah S.A.W daripada kita hampir 1500 tahun, goncangan hebat juga sedang bertamu di zaman kita dan tempat kita. 

Anasir falsafah yang berselindung di sebalik nama agama sedang mengambil tempat Ubudiah kepada Allah Jalla Wa ‘Ala. Moga Allah jauhi kita daripada segala unsur keberhalaan moden dan jadikan negeri dan tanah air kita sejahtera bersama Islam.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY21/9/2022

- Advertisement -