Cristiano Ronaldo paling berkuasa di Instagram

- Advertisement -

Cristiano Ronaldo mendahului Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe, sebagai pemain bola sepak paling berpengaruh di Instagram yang akan beraksi di Piala Dunia Qatar.

Penyerang Portugal, Ronaldo mencatatkan peningkatan pengikut sebanyak 47 peratus pada tahun lalu.

- Advertisement -

Menurut penganalisis Sukan Nielsen, secara purata Ronaldo bernilai lebih AS$3.5 juta bagi setiap hantaran dalam media sosial itu.

Rakan sepasukan Manchester United, Jadon Sancho, pula ialah pemain Inggeris paling berpengaruh, manakala Gavi muncul sebagai bintang yang mencatat pertumbuhan pengikut sebanyak 5,165 peratus.

Kedudukan itu adalah berdasarkan alat ukuran pempengaruh (influencer) Nielsen yang menilai jumlah pengikut, pertumbuhan pengikut, kadar penglibatan dan purata nilai jenama setiap hantaran di Instagram untuk memberikan jumlah nilai media.

Ia menyenaraikan pemain yang dijangka beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ronaldo mempunyai 480 juta pengikut di Instagram, manakala Messi dari Argentina diikuti oleh 360 juta orang – pertumbuhan 38 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu dan menghasilkan AS$2.6 juta nilai media setiap hantaran.

Trio penyerang Paris St-Germain, iaitu Messi, Neymar dan Mbappe, masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat di belakang Ronaldo, dengan purata lebih AS$1 juta setiap hantaran dalam Instagram.

Dalam senarai 10 teratas, Vinicius Junior dari Brazil mempunyai pertumbuhan terbesar dalam jumlah pengikut bagi mana-mana pemain dengan peningkatan 90 peratus setelah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara ketika Real Madrid menewaskan Liverpool.

N’Golo Kante dari Perancis berada di kedudukan kelapan dalam senarai dan mempunyai kadar penglibatan tertinggi berbanding mana-mana pemain dalam 10 teratas dengan hantarannya sebanyak 11 peratus

Bintang media sosial besar seterusnya ialah Gavi dari Sepanyol yang pengikutnya meningkat lebih 5,000 peratus kepada 6.2 juta. Hantarannya mempunyai kadar penglibatan hampir 30 peratus.

Raphinha dan Antony dari Brazil berada di tempat kedua dan ketiga dalam kedudukan pemain bola sepak yang mencatatkan pertumbuhan besar dalam bilangan pengikut selepas masing-masing berpindah ke Barcelona dan Manchester United.

Sementara itu, Perancis berkemungkinan menjadi pasukan paling berpengaruh di media sosial pada Piala Dunia 2022, dengan 11.7 juta pengikut di laman web rasmi mereka.

Ini mengetepikan Brazil dan Portugal, yang masing-masing mempunyai 11.3 juta dan 10.3 juta pengikut dengan 86 peratus pengikut Portugal tinggal di luar negara Eropah.

England berada di tempat keempat dengan 8.5 juta pengikut. Pemain sayap, Sancho adalah yang paling berpengaruh dengan 8.9 juta pengikut, peningkatan sebanyak 21 peratus sepanjang tahun lalu.

Beberapa pemain muda Inggeris mempunyai kejayaan ketara di media sosial, termasuk Jack Grealish yang kini mempunyai lebih lima juta pengikut, manakala Aaron Ramsdale yang pengikutnya meledak sebanyak 920 peratus sejak 12 bulan lalu selepas menyertai Arsenal. – BBC Football

- Advertisement -