PAS akan utarakan PRU15 tidak diadakan tahun ini

Foto daripada Facebook Idris Ahmad.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata wakil parti yang berada dalam gabungan kerajaan, akan mengutarakan pendapat supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan tahun ini.

“Dalam suasana hari ini, tidak perlu lagilah mengadakan PRU15 terutamanya waktu (hampir musim) banjir, kita sudah tahu akan banjir dan ia akan menyukarkan dalam kalangan yang menguruskan pilihan raya itu nanti,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Amanat Menteri, di sini hari ini.

- Advertisement -

Idris berkata PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga sekitar Mac 2023, apabila penggal DUN tamat.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara. – BERNAMA

- Advertisement -