Bersama bangunkan Malaysia Sejahtera tanpa Pakatan Harapan

DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mengajak seluruh anak muda untuk bersama kita membina Malaysia Sejahtera yang mengutamakan kebajikan yang adil dan mengamalkan tadbir urus yang berintegriti tinggi sebagaimana dituntut dalam Islam.

Lebih-lebih lagi dikaitkan dengan faktor sokongan anak muda yang inginkan perubahan pentadbiran negara yang lebih baik ketika itu dengan menolak Barisan Nasional sebaliknya manifesto PH hanya sekadar janji yang tidak mampu ditepati.

Pasca PRU14 khususnya 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi mimpi ngeri rakyat Malaysia dan turut menimbulkan keresahan banyak pihak apabila tindak tanduk pemimpin mereka ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Malah golongan cauvinis dan ekstremis dalam PH tanpa segan silu mencampuri hal ehwal Islam dan hak Bumiputera.

Kini menjelang PRU15, seperti biasa PH muncul dengan tawaran dan cerita baharu yang dikitar semula menjadi bahan kempen berunsur fitnah dengan mendoktrin pemikiran generasi hari ini mesti ditolak secara menyeluruh. 

Maka, Pemuda PAS Perak terus berdiri teguh bersama Tuan Guru Presiden PAS dalam usaha berterusan untuk menyatukan ummah ke arah penguasaan 2/3 Parlimen untuk kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya dengan tawaran PAS melalui pelan halatuju Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051).

“Pemuda Generasi Sejahtera”
“Demi Ummah”

Sekian, terima kasih.

HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 20/9/2022

Advertisement