Penyatuan Ummah selamatkan rakyat, negara dari akibat PH

- Advertisement -

MENELITI ucapan Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato’ Sri Abdul Hadi Awang dalam Minda Presiden PAS yang bertajuk ‘Mengapa PAS Menolak Pakatan Harapan’. PAS Negeri Sembilan amat bersetuju dengan kenyataan tersebut.

PAS Negeri Sembilan mengambil pendirian bahawa kenyataan Tuan Guru Presiden PAS wajar diberi perhatian dan wajar disokong oleh ahli PAS sendiri.

Umum mengetahui bahawa apa yang berlaku semasa PH memerintah selama 22 Bulan. Rata-rata rakyat Malaysia merasai kesan langsung akibat daripada pemerintahan PH tersebut. Malah ada di kalangan pemimpin PH yang tidak berintegriti, gila kuasa dan banyak lagi.

Kami juga menegaskan bahawa yang telah disabit dan dijatuhkan kesalahan oleh mahkamah itu tetap bersalah. Maka, tiada kompromi dalam bab ini.

Namun begitu, kesatuan orang Melayu Islam ini masih perlu dilakukan bagi mengekang kesan dan impak yang lebih besar iaitu dikuasai oleh Pakatan Harapan yang telah banyak memberi kesan negatif kepada negara. 

PAS Negeri Sembilan sekali lagi menyatakan dengan jelas bahawa Pakatan Harapan serta sekutunya perlu ditolak dalam pilihan raya yang akan datang. PAS Negeri Sembilan juga berpegang teguh dengan Penyatuan Ummah. Ummah perlu disatukan agar negara kita dapat diselamatkan.

“Malaysia Sejahtera”
“Pemimpin Berintegriti”
“Kerajaan Rakyat”

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Penerangan
PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 19/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -