Gempa bumi: Taiwan kekal bergegar hari ini

Sisa runtuhan Jambatan Kaoliao di Hualien dirakam pada hari ini, 19 Sept 2022 susulan gempa bumi di Taiwan semalam, 18 Sept 2022. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

TAIPEI: Gegaran susulan melanda tenggara Taiwan pada Isnin (19 Sep), termasuk gempa bumi berukuran 5.5 magnitud yang dirasai di ibu kota Taipei, sehari selepas gegaran lebih kuat mengorbankan satu nyawa dan mencederakan sekitar 150 yang lain.

Menurut kenyataan badan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi terbaharu itu melanda sekitar 10 pagi waktu tempatan, 66 kilometer selatan-barat daya bandar pantai Hualien pada kedalaman 13km, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Reuters.

- Advertisement -

Menurut kenyataan badan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi terbaharu itu melanda sekitar 10 pagi waktu tempatan, 66 kilometer selatan-barat daya bandar pantai Hualien pada kedalaman 13km, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Reuters.

Terdahulu, kawasan luar bandar dan tenggara Taiwan dengan populasi kurang padat digemparkan dengan beberapa siri gegaran sejak Sabtu (17 Sept).

Gempa paling kuat, 6.9 magnitud, melanda petang Ahad (18 Sept), meruntuhkan jalan raya dan meruntuhkan beberapa kediaman penduduk di bandar Yuli, dengan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.

Empat yang lain diselamatkan dari bangunan runtuh, manakala pihak berkuasa berkata seramai 146 orang mengalami kecederaan.

Taiwan kerap dilanda gempa bumi dan kebanyakannya menyebabkan kerosakan minimum tetapi pulau itu juga mempunyai sejarah panjang bencana maut.

Hualien, kawasan tumpuan pelancong, dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada tahun 2018 yang mengorbankan 17 orang dan mencederakan hampir 300 yang lain.

Pada September 1999, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud mengorbankan kira-kira 2,400 orang dalam bencana alam paling tragis dalam sejarah pulau itu. – HARAKAHDAILY 19/9/2022

- Advertisement -