PASRelief sertai misi kemanusiaan ke Pakistan

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Penderitaan rakyat Pakistan akibat banjir besar yang melanda negara itu turut menarik simpati rakyat negara ini.

Sehingga sekarang pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan dan keperluan asas dihantar ke negara terbabit oleh pelbagai pihak dan NGO.

PASRelief turut menghantar bantuan fasa pertama kepada rakyat di negara terbabit sebelum ini.

Setiausahanya, Norhafiza Fadzil berkata, PASRelief juga akan menghantar misi kemanusiaan ke negara itu tidak lama lagi bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir.

- Advertisement -

Katanya, misi kemanusiaan itu diadakan dengan kerjasama NGO di Pakistan.

“Ramai rakyat negara itu berdepan dengan kesan ancaman banjir terburuk dalam tempoh lebih sedekad.

“Puluhan juta penduduk terkesan apabila hujan monsun berterusan sejak Jun lalu mengakibatkan banjir menenggelamkan satu per tiga daripada negara Pakistan,” katanya di sini.

Menurutnya setiap sumbangan akan disalurkan kepada rakyat Pakistan yang kehilangan nyawa dan harta benda akibat tragedi banjir besar tersebut.

Kata beliau sumbangan dan bantuan rakyat Malaysia diperlukan bagi membantu mangsa banjir di Pakistan untuk meringankan beban mereka.

Oleh itu katanya PASRelief berharap orang ramai turut menyumbang bagi menjayakan Misi Kemanusiaan ke Pakistan.

Sumbangan boleh disalur melalui akaun Maybank Islamic 564070612333 atas nama Tabung PASRelief. – HARAKAHDAILY 15/9/2022

- Advertisement -