Bantuan diberi tanpa kira bangsa, agama

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Sebanyak 25,000 pasang kasut bernilai RM3.38 juta disumbang kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf yang berumur antara satu hingga 7 tahun di seluruh negara.

Sumbangan berkenaan inisiatif sebuah badan NGO luar negara kepada NGO di beberapa negara termasuk Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program Langkah Kanan itu dianjur selaras dengan sumbangan kasut yang disumbangkan NGO.

- Advertisement -

Katanya, ia merupakan hasil kerjasama pihak berkenaan dengan kementerian dalam usaha membantu kanak-kanak terutama anak-anak B40 dan golongan miskin di luar bandar.

“Kami dijemput untuk menyampaikan sumbangan berkenaan kepada NGO-NGO yang disusun sendiri mereka.

“Di bawah JKM, kita ada 36 institusi kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai keluarga dan dijaga di bawah JKM.

“Mereka juga di antara yang kita senaraikan sebagai penerima bantuan tersebut, di samping itu ada kanak-kanak kaum Orang Asli dan anak-anak yang di bawah jagaan NGO,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sumbangan yang diagih tersebut melibatkan NGO Good360, Crossroad Glabalhand Village UK Muhibbah Food Bank Malaysia dan En Xin.

Siti Zailah juga berkata, Kementerian Pembangunan Wanita memandang serius mengenai kebajikan rakyat di semua peringkat di negara ini tanpa mengira bangsa atau anutan agama.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang turut membantu. Kami sentiasa menerima kerjasama mana-mana pihak untuk membantu masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/9/2022

- Advertisement -