Bukti: Lim Guan Eng ‘cekap’ dan PAS aniayai non-Muslim?

- Advertisement -

PERTAMA, apabila Lim Guan Eng tulis Menteri PAS tidak cekap, secara tiba-tiba terimbau Menteri Kewangan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan. 

Kalau kita ingat Menteri Kewangan PH itulah Menteri yang paling cekap dalam sejarah negara. Kita masih ingat beberapa jasa beliau ketika itu, antaranya; 

(Mata berkedip-kedip)

(Degup jantung bergetar)

(Otak termenung panjang) 

(Ok-ok, kita google)

Alamak banyak keluar berkenaan kes dakwaan rasuah di mahkamah.“Lim Guan Eng senyum, kelihatan gembira terima wang…” “Guan Eng minta 10 peratus…” 

Lain yang dicari, lain pula yang keluar. Itu tak kira peninggalan e-wallet RM30 telah menjadi titik (bukan titik perpuluhan) baharu dan penanda aras kepada legasi Menteri Kewangan. 

Minta maaf, saya tidak dapat mengeluarkan bukti-bukti kecekapan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan di zaman kegelapan Pakatan Harapan memerintah negara.

Aduh, ini suatu yang memalukan hingga terasa mahu mengasingkan diri di sebuah banglo tanpa kolam untuk kembalikan kekuatan. 

Jika pengasingan diri akibat hal memalukan ini tidak berkesan, mungkin saya terpaksa mencari mana-mana terowong untuk beruzlah seketika. 

Kedua, naratif yang sama ditebarkan oleh Lim Guan Eng dengan mewajahkan PAS sebagai parti ekstrem, ganggu gaya hidup, hak adat dan amalan budaya orang bukan-Islam. 

Sedangkan DAP dan PH lah yang mengacau keharmonian dan keistimewaan kaum Melayu-Islam selama 22 bulan sehingga menatijahkan beberapa himpunan orang Melayu-Islam.

PAS tadbir Kelantan selama 32 tahun belum pernah lagi dilihat kaum minoriti di Kelantan mendakwa mereka dianaktirikan di Kelantan. Bahkan ketika seorang Youtuber berbangsa Cina bertanya kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah,

“Masyarakat Cina juga bimbang bahawa aktiviti, budaya, tradisi dan lain-lain yang berkaitan dengan identiti kaum mungkin dilarang, diharam atau ditukar atas perintah patuh syariah… adakah kebimbangan ini sahih atau tak berasas?”

Soalan ini hampir sama dengan tuduhan Lim Guan Eng terhadap PAS. Anggaplah jawapan di bawah ini dijawab kepada Lim Guan Eng. 

Mari kita lihat jawapan daripada Timbalan Menteri Besar, “Kalau boleh saya tanya balik, orang yang takut ini bolehkah berikan satu bukti kita menghalang orang Cina dan kebudayaan Cina? Tak ada setakat ini.”

“For non-Muslim its up to them. Kita tak boleh suruh orang bukan-Islam pakai tudung. You pakai cara you lah. Sebab itu Cheongsam boleh dipakai di Kelantan, orang Cina boleh pakai skirt, pakai seluar pendek, babi pun ada dijual di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Dalam konteks masyarakat non-Muslim tiada tekanan dan halangan.”

Nampaknya, tiada bukti yang boleh diberikan untuk tunjukkan kecekapan Lim Guan Eng dan tiada bukti menunjukkan PAS aniayai orang bukan-Muslim. 

Maafkan saya. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 14/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -