Bayern ibarat ‘rumah hantu’ – Xavi hanya ketawa

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez
- Advertisement -



Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez mentertawakan tanggapan bahawa bermain di Bayern Munich adalah seperti memasuki ‘rumah hantu’ menjelang pertembungan saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara, hari ini.

Kedua-dua kelab bertemu di peringkat kumpulan musim lalu, dengan jaguh Jerman dua kali menang 3-0, walaupun Barca kini pasukan yang sangat berbeza dan diterajui oleh penyerang Robert Lewandowski, yang berpindah ke Nou Camp dari Bavaria.

- Advertisement -

Barcelona tidak pernah bertuah di Bayern yang menang dalam empat pertemuan terakhir antara kelab dengan jumlah jaringan keseluruhan 17-4, termasuk membelasah 8-2 ​​pada suku akhir 2020.

Walaupun Xavi mengakui tugas di hadapan Barca adalah menakutkan, dia berkata pasukannya tidak perlu khuatir untuk pergi ke Munich.

“Saya tidak akan memanggilnya rumah hantu – ia hanya gelanggang Bayern,” kata Xavi.

“Saya telah melihat kedua-dua belah syiling, menewaskan mereka dengan teruk dan kalah teruk menentang mereka, tetapi kami tidak pernah menang di Allianz. Ini menunjukkan betapa sukarnya berkunjung ke sana dan tugas yang perlu digalas, tetapi kami tetap yakin.

Robert Lewandowski dijangka bermain menentang kelab lamanya

“Kami tidak boleh terlalu yakin hanya kerana mendapat keputusan yang baik kebelakangan ini. Kami perlu ingat cara bermain menentang mereka tahun lepas.

“Namun saya akan gembira jika Barca bermain mengikut potensi kami dan jika kami melakukannya, maka saya fikir kita boleh menang dan mengubah sejarah,” katanya.

Kelab Sepanyol itu mempunyai skuad yang cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang pasukan kendalian Julien Nagelsmann dan dijangka memanggil semula Jules Kounde, Eric Garcia, Pedri, Ousmane Dembele dan Lewandowski, yang bermula di bangku simpanan ketika menang 4-0 Sabtu lalu di Cadiz.

- Advertisement -