PAS Selangor konsisten memperolehi ahli baru teramai

- Advertisement -

SEMASA Muktamar Tahunan PAS kali ke 68 di Alor Setar 3 September lalu, Setiausaha Agung PAS telah mengisytiharkan jumlah keahlian baru PAS sepanjang tempuh 8 bulan bermula Januari hingga Ogos 2022 mengikut turutan teramai negeri-negeri iaitu:

1. Terengganu – 3,309.
2. Kedah – 3,247.
3. Kelantan – 2,585.
4. Selangor – 1,741.

Sebagai sebuah negeri yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, kemampuan PAS mendaftarkan rekod keahlian baru yang ramai di Selangor merupakan suatu pencapaian yang luar biasa.

Adalah diyakini pendekatan politik Penyatuan Ummah yang dibawa oleh PAS di negeri ini telah menambat hati rakyat. Ini didukung pula oleh kekuatan ahli-ahli dan aktivis PAS di seluruh Selangor yang komited dan berdisiplin dalam menjalankan aktiviti dan gerak-kerja mereka masing-masing.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, 11 September, 2022, Selangor sekali lagi mencatatkan jumlah keahlian baru yang teramai seluruh negara apabila mesyuarat meluluskan seramai 579 ahli baru untuk tempoh sebulan berakhir 9 September 2022.

Dengan kekuatan keahliannya yang saban hari meningkat ini, PAS yakin dengan kerjasama rakan-rakan ta’awunnya, Selangor akan berjaya dirampas dari tangan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya 
PAS Negeri Selangor
Isnin 12 September 2022 – HARAKAHDAILY 12/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -