Hanya PAS yang bersungguh satukan ummah?

- Advertisement -

BAGI yang waras tiada siapa lagi mahu berada di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) setelah pengalaman 22 bulan yang mengerikan.

Bagi yang waras juga mengerti gagasan Penyatuan Ummah tajaan PAS menggabungkan parti-parti Melayu-Islam akan mengelakkan kemenangan PH dalam PRU15. 

Malah gagasan penyatuan ummah ini dibawa oleh PAS secara bersungguh-sungguh pula. Bermula dengan;

1. Muafakat Nasional (MN)

PAS dan Umno bersama dalam kerjasama yang tidak mengikat setelah puluhan tahun tikam menikam. Kedua-duanya PAS dan Umno perlu bersatu dan dibantu dengan parti-parti lain.

2. Perikatan Nasional (PN)

Terealisasilah Penyatuan Ummah apabila bergabungnya PAS, Umno dan BERSATU di bawah panji kerajaan yang sama, iaitu Perikatan Nasional. Hasilnya secara waras boleh bentuk kerajaan dan menumbangkan PH secara demokratik. 

3. MN dan PN

Muncul masalah antara Umno dan BERSATU. PAS terus konsisten walaupun Umno tak mahu masuk PN dan BERSATU pula ditarik semula jemputan untuk bersama MN. 

PAS mahukan penyatuan juga. Tak apalah jika tak dapat bergabung sama, jangan ceraikan. PAS korbankan diri menjadi benang di antara dua cebisan kain.

Maka, PAS kemukakan ‘Perkukuhkan MN, Perkasakan PN’. Terlalu sayangnya PAS terhadap Penyatuan Ummah. 

4. PAS diserang rakan

Dalam kerjasama Muafakat Nasional, setelah bertubi-tubi serangan daripada Umno kepada PAS. PAS masih cool relax tidak jawab apa-apa. 

Hinggalah beberapa Umno Negeri putuskan hubungan dengan PAS. PAS masih cool relax. Malah, kerajaan negeri di bawah PAS terus berikan peruntukan kepada YB-YB Umno. 

Tapi berbeza dengan YB-YB PAS di Pahang, peruntukkan mereka disekat dan sudah ditahan. PAS masih cool dan relax tetap mahukan penyatuan. 

5. Umno mahu solo

Nyata bahawa Umno mahu masuk PRU15 secara solo, PAS dengan waras kata ianya mengulangi PRU14. Hanya penyatuan dan tiada perlawanan sesama parti Melayu-Islam akan mengalahkan PH. 

Umno tetap hilang kewarasan mahukan solo. Maka PAS kemukakan juga cadangan, kalau bergabung tak boleh, berkawan tak mahu, PAS cadang 27 kerusi jangan kita bertembung. Jika tidak, PH akan menang. 

Lihatlah, betapa PAS mahukan Penyatuan Ummah untuk elakkan PH berkuasa. Tidak mampu bersatu dalam satu gabungan, tidak mengapa.

PAS cetuskan bersatu dalam bentuk kerjasama antara gabungan MN dan PN. Malangnya tidak mahu juga. Maka PAS lontarkan, kita bersatu dengan tidak bertembung sesama kita di 27 kerusi. Kita lihat nanti apa respon mereka.

Tiga versi Penyatuan Ummah yang dibawa oleh PAS demi melayan karenah rakan-rakan Ta’awun. Betapa PAS mahukan Penyatuan Ummah bagi mengelakkan PH kembali berkuasa. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 12/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -