Dagangan 2021 pertanian Malaysia-Australia berjumlah RM9.77 bilion

- Advertisement -

PERJUMPAAN bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia H.E. Dr Justin Lee di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang. 

Pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia dalam sektor pertanian dan industri makanan telah dibincangkan dalam perjumpaan ini.

Hubungan dua hala pertanian antara Malaysia dan Australia ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif melalui pelbagai platform

Nilai dagangan sektor pertanian dan agromakanan antara kedua-kedua negara pada tahun 2021 meningkat sebanyak 32.2 peratus dengan jumlah RM9.77 bilion berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah nilai dagangan RM7.39 bilion.

Australia juga merupakan antara sumber import daging terbesar bagi Malaysia. Pada tahun 2020 sahaja, Malaysia telah mengimport daging dari Australia hampir 290,000 tan metrik yang merupakan 14.76 peratus daripada keseluruhan import daging negara.

Malaysia akan terus mengukuhkan hubungan perdagangan dengan Australia melalui kerjasama strategik dua hala dalam sektor pertanian termasuk  menerokai peluang kerjasama yang baharu dalam memperkasakan sekuriti makanan negara demi kelangsungan hidup Keluarga Malaysia.

DATUK SERI DR RONALD KIANDEE
Menteri Pertanian dan Industri Makanan – HARAKAHDAILY 9/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -