Manipulasi untuk memberi imej buruk kepada PASTI

- Advertisement -

MENITIS air mata saya membaca kisah sedih seorang bapa kepada pelajar PASTI yang tidak mampu membayar yuran tertunggak, diberikan surat amaran oleh PASTI dan diancam untuk dikenakan pelbagai tindakan jika yuran tidak dijelaskan. 

Mujurlah ada seorang Ahli Parlimen dari parti lawan tampil menolong… Alangkah tidak berperikemanusiaan sungguh ya PASTI itu kan?

Namun, titisan air mata itu tidak jadi tumpah apabila mendengar sendiri audio di bawah. Rupa-rupanya surat tersebut dikeluarkan atas permintaan bapa pelajar itu sendiri. 

Tujuannya untuk dapatkan sumbangan dan zakat. Tak apalah, itu ikhtiar beliau. Tapi menjadikan surat itu sebagai satu sebab untuk menghentam PASTI adalah tidak betul. Audio ini terpaksa disiarkan demi membersihkan nama baik PASTI.

Untuk makluman, kini terdapat 2,540 buah PASTI, 151 buah SRITI dan 12 buah SMITI di seluruh negara. Terdapat 125,065 orang murid PASTI, 16,460 orang murid SRITI dan 413 orang Pelajar SMITI yang dididik oleh 9,539 orang Guru PASTI, 1,554 Guru SRITI dan 69 orang Guru SMITI. 

Semuanya di bawah entiti pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan semuanya bergantung operasinya kepada yuran yang dibayar oleh ibu bapa.

Namun begitu, bukan cara PASTI untuk terus keluarkan surat amaran tanpa usul periksa. Dalam kes ini, penyata yuran itu dimohon sendiri oleh bapa pelajar berkenaan dan beliau tidak bersalah pun.

Yang salahnya apabila ada pihak memanipulasi situasi tersebut untuk memberikan imej yang buruk kepada PASTI.

Boleh jadi, parti Ahli Parlimen tersebut mempunyai institusi pendidikan yang hebat dan percuma tanpa bantuan dari kerajaan, bolehlah kami tumpang belajar.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 8/9/2022

Rujukan:

1) https://fb.watch/fphEvo2o5v/

2) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0o5bm83xdYCxp8HauU9E7DYQHPSy1ya3ssLA86Ku2EY3vXK1W1eHCbRCi9azis5Aal&id=100044157653397

- Advertisement -
- Advertisement -