FDI 55.61 peratus dari China setakat pertengahan tahun ini

- Advertisement -

MENYEMPURNAKAN Majlis Angkat Sumpah bagi Jawatankuasa Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) ke-13, pagi tadi. 

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu MCCC yang diketuai oleh YBhg. Loo Kok Seong. 

Biarpun seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19, namun nilai perdagangan antara Malaysia-China masih berjaya merekodkan peningkatan sebanyak 34.5 peratus atau bersamaan dengan USD178.6 bilion pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya. 

Ini menjadikan negara China sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut. 

Pada pertengahan tahun pertama 2022, kita telah mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM87.4 bilion. 55.61 peratus atau RM48.6 bilion daripadanya adalah FDI dari negara China. 

Saya yakin, di bawah kepimpinan baharu, MCCC dapat terus memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi prestasi perdagangan di antara kedua-dua negara pada masa depan.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 8/9/2022

- Advertisement -