MUDA sertai Pakatan Harapan: Dari PH ke PH jua

- Advertisement -

HASRAT Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 hari ini bukanlah suatu yang baharu, apa lagi mengejutkan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan berpandangan penyertaan ini memberikan konotasi bahawa parti itu tidak boleh mandiri dengan upaya sendiri, tidak segagah penegasan di awal penubuhan dengan bertindak mengisolasi dari PH semasa kemelut kejatuhan Kerajaan 22 bulan.

Nampaknya suara anak muda sekali lagi dikhianati dan bezanya kali ini ia direstui Presidennya yang dahulu dilihat gagah memperjuangkan suara anak muda.

Untuk kembali kepada PH, tentulah bayarannya hanyalah sekudrat kata ‘yes tuan’ untuk mengikuti apa sahaja kehendak DAP dan tidak lagi boleh diharapkan mewakili anak muda negara.

Dari PH ia datang kepada PH jua ia kembali.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 7/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -