Ibu dua anak, responden pertama 28 mangsa tikaman bersiri

Telefon bimbit menunjukkan paparan wajah Gloria Lydia Burns, salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian tikaman bersiri di James Smith Cree Nation dan bandar berdekatan Weldon, Saskatchewan, Kanada, pada 5 Sep 2022. (FOTO: Reuters/David Stobbe)
- Advertisement -

Susunan YUSMAN AWANG

JAMES SMITH CREE NATION, Saskatchewan: Seorang ibu tunggal kepada dua anak, berusia 77 tahun dan responden pertama merupakan mangsa awal yang dikenal pasti dalam kejadian tikaman bersiri di Kanada yang mengorbankan 10 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 18 yang lain.

Polis Saskatchewan berkata pada Selasa (6 Sep) waktu tempatan, pihaknya mendapati seorang daripada suspek dalam kejadian tikaman bersiri itu, Damien Sanderson,31, sudah meninggal dunia, manakala suspek kedua, yang juga adik suspek pertama, Myles Sanderson, 30, masih bebas.

- Advertisement -

Pihak polis juga masih berusaha untuk menentukan motif serangan yang berlaku pada Ahad, insiden yang  di James Smith Cree Nation dan kampung Weldon di wilayah Saskatchewan, lapor ctvnews.ca.

Beberapa jam sebelum tikaman itu, Lana Head, ibu kepada dua anak perempuan, menyiarkan di Facebook bahawa dia mempunyai ‘banyak kenangan indah untuk dikenang.

Rakan dan keluarga Head terkejut dengan kematiannya dan memberi penghormatan di media sosial. 

“Bukan cara saya mahu dia meninggalkan dunia ini,” ujar Melodie Whitecap, kawan zaman kanak-kanak Head yang telah merancang untuk melawatnya sebelum kejadian tikaman itu.

Salah seorang suspek, Damien Sanderson diumumkan pihak polis Saskatchewan sebagai sudah meninggal dunia, manakala suspek kedua, Myles Sanderson yang juga adik kepada suspek pertama masih bebas. (Yahoo News UK)

Bekas rakan kongsi Head, Michael Brett Burns juga bercakap kepada media tempatan dan membayangkan bahawa kes tikaman itu mungkin berkaitan dengan dadah dan alkohol dua suspek berkenaan.

“Golongan penagih dadah dan alkohol boleh memusnahkan banyak nyawa orang lain,” kata Burns.

Sementara dua beradik, Ivor Burns dan Darryl Burns dari James Smith Cree Nation memberitahu Reuters bahawa kakak mereka, Gloria, adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian itu, dan mereka menyalahkan dadah dan alkohol yang mempengaruhi tindakan ganas kedua-dua suspek.

“10 orang mangsa termasuk, termasuk kakak saya. Dia disembelih (oleh suspek)… bersama rakannya dan seorang budak lelaki berusia 14 tahun, kesemua ketiga-tiga mereka,” kata Ivor Burns. 

Pasukan forensik polis menyiasat tempat kejadian selepas beberapa orang terbunuh dan cedera dalam kejadian tikaman bersiti di Weldon, dan James Smith Cree Nation, Saskatchewan, Kanada pada 5 September 2022. (FOTO Reuters)

Bagaimanapun polis memberitahu pada sidang akhbar pada  Isnin bahawa mangsa paling muda dilahirkan pada 1999 (berusia 23 tahun).

“Gloria adalah responden pertama, yang membuat panggilan kecemasan, namun meninggal dunia selepas tewas di tangan keganasan dia suspek berrkenaan,” ujar Darryl Burns.

Polis tidak mengenal pasti motif tetapi menyatakan  beberapa mangsa mungkin menjadi sasaran, dan ada yang dibunuh secara rawak.

Pengumpulan dana dalam talian telah dilancarkan untuk membayar perbelanjaan pengebumian, pemulihan dan kaunseling untuk kesemua mangsa dan ahli keluarga mereka.

Penduduk di kampung Weldon di Saskatchewan mengenal pasti salah seorang mangsa dalam komuniti itu sebagai Wes Petterson, seorang duda berusia 77 tahun.

“Dia seorang lelaki yang baik hati,”  kata Doreen Lees, 89, dari Weldon.

James Smith Cree Nation merupakan  komuniti Orang Asli dengan populasi kira-kira 3,400 orang yang sebahagian besarnya terlibat dalam pertanian, memburu dan memancing, sementara Weldon ialah sebuah perkampungan dengan jumlah penduduk hanya 200 orang. – HARAKAHDAILY 6/9/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!