Beri perhatian isu keperluan asas di Sabah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Perwakilan Sabah, Ustaz Azman Jupri menyeru supaya isu keperluan asas di negeri itu mestilah diambil perhatian secara serius secara berterusan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, setiap kali Muktamar Tahunan PAS, wakil dari Sabah mengutarakan isu keperluan asas itu agar diambil perhatian serius.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, pagi ini.

- Advertisement -

Ini, kata beliau melihat kepada perkembangan terkini yang berlaku kepada Kalimantan yang mana Kerajaan Indonesia telah mengalihkan ibu negara ke Kalimantan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah menambah, sudah tentu Kerajaan Indonesia akan menumpukan perhatian dalam soal pembanguan di Kalimantan.

“Kalimantan dan Sabah hanya bersebelahan, dekat sahaja. Ini yang perlu diambil perhatian agar kIta di negeri Sabah tidak ketinggalan dari sudut pembangunan,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pemimpin termasuk dalam kalangan menteri daripada PAS yang telah memberikan perhatian bahkan sanggup untuk turun padang melihat sendiri secara dekat dan memberi peruntukan.

Sehubungan itu, beliau meminta agar peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dapat ditambah lagi kerana kerana Sabah adalah negeri miskin.

Ustaz Azman juga berharap Kerajaan Persekutuan yang turut dianggotai PAS supaya menyelesaikan isu Sulu. – HARAKAHDAILY 4/9/2022

- Advertisement -