Banteras PATI: Kerajaan digesa tingkatkan pelan pelaksanaan

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ALOR SETAR: Kerajaan digesa agar meningkatkan pelan pelaksanaan berkaitan operasi penguatkuasaan membanteras pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini, susulan lambakan golongan tersebut yang makin ketara sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Usul mengenai perkara berkenaan yang telah dibawa dan dibahaskan oleh PAS Kawasan Titiwangsa Kuala Lumpur, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin bermatlamat bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kewujudan PATI) dan lambakan warga asing di Malaysia, telah diluluskan sebulat suara oleh semua perwakilan yang bersidang pada Muktamar Tahunan PAS Kali ke-68, di sini, hari ini.

- Advertisement -

“Undang-undang perlu digubal bagi membanteras isu ini dengan lebih efektif serta meningkatkan lagi pelaksanaan pemantauan kawalan keselamatan,” katanya.

Usul tersebut turut dibahas oleh Perwakilan Tanah Merah, Mohd Nizam Abd Rahman dan  Perwakilan Papar, Hendry.

Menurut Azmeer, pada ketika ini, kira-kira 3.3 juta orang warga asing daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia menetap  secara sah di Malaysia,dan jumlah berkenaan dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun. 

“Masalah ini pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana ia bukan sahaja menyentuh aspek keselamatan negara dan keselamatan persempadanan, juga turut memberi impak terhadap keselamatan, politik, sosial dan  pertumbuhan ekonomi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/9/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!