Terus menyokong akhbar Harakah – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

Oleh SAIDAH HAIRAN

ALOR SETAR:
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berharap para perwakilan, ahli-ahli parti serta penyokong sama-sama dapat membeli akhbar Harakah sebagai sumber maklumat yang benar dan tepat.

Katanya, mudah-mudahan dengan cara itu rakyat tidak akan ditipu oleh media-media yang melaporkan maklumat yang tidak betul.

- Advertisement -

“Pastikan kita mendapat maklumat daripada sumber yang sahih daripada Harakah yang diyakini.

“Akhbar Harakah bukan sahaja menceritakan aktiviti parti tetapi dapat menambahkan maklumat dengan tulisan-tulisan yang sangat bermanfaat dalam Harakah,” katanya.

Beliau ditemui ketika mengadakan sesi lawatan di pameran booth Harakah selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Dapatkan maklumat PAS daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi.

Untuk dapatkan akhbar Harakah sila hubungi:
▪ Pemasaran (010-3093750) / [email protected]
▪ Pejabat (03-40213343) / [email protected] atau langgan terus eHarakah https://eharakah.net.my – HARAKAHDAILY 3/9/2022