Rakyat sambut baik tawaran PAS Malaysia Sejahtera

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

ALOR SETAR: Malaysia Sejahtera yang diperkenalkan PAS antara tawaran parti kepada rakyat mengenai gambaran hala tuju parti itu dalam memimpin kerajaan.

Ketua Penerangan, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata ia merupakan tawaran kepada rakyat untuk memberikan kepercayaan kepada PAS meneruskan pemerintahan kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Kini, PAS adalah kerajaan. Jika dilihat kembali tema Muktamar PAS pada tahun sebelum-sebelum ini, ia agak berbeza dengan tema yang di bawa hari ini, iaitu Malaysia Sejahtera.

“Tema hari ini lebih menceritakan tentang keberadaan PAS dalam kepimpinan negara, dan apakah wajah sebenar PAS apabila memimpin negara.

“Jika dilihat dalam ucapan dasar Tuan Guru Presiden, kita memohon kepada rakan bukan Islam contohnya untuk memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS.

“Kemudiannya kita menceritakan tentang integriti, jangan salah guna kuasa, dan kita ceritakan track record PAS di negeri yang diperintah PAS,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sementara itu, rata-rata ahli PAS menyambut baik hasrat PAS untuk membawa tawaran Malaysia Sejahtera itu, antaranya Nurul Amirah Nazhari, 27, yang merasa selamat jika Malaysia Sejahtera berjaya direalisasikan.

Nurul Amirah Nazhari

Katanya, selain menjadi tanggungjawab sebagai hamba Allah, dia dapat memenuhi tanggungjawab memilih pemimpin yang baik dan amanah untuk menjaga negara dan menaikkan Islam.

“Aman, tenteram, sejahtera, itu yang saya faham mengenai apa yang PAS mahu bawa,” komennya ringkas.

(Kiri) Mohd Norhizer Sayan dan (kanan) Safie Mokhtar

Selain itu, Safie Mokhtar, 70, menganggap Malaysia Sejahtera sebagai satu perkara yang akhirnya memanfaatkan dirinya dan negara.

Katanya, apa yang dibawa PAS adalah satu kewajipan dan dituntut di dalam Al-Quran dan Hadith, apatah lagi melibatkan integriti pimpinan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

Manakala, Mohd Norhizer Sayan, 52, berkata rasuah dan salah guna kuasa mungkin tidak dapat dilihat secara kasar bagaimana ia memberi kesan kepada individu.

Tetapi katanya, ia memberi impak yang besar dalam ekonomi dan politik negara, yang akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

- Advertisement -