Muslimat Muda mampu tangani serangan pemikiran

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

SIK: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan kuasa pengundi muda bakal mencorakkan kepimpinan dan hala tuju pemerintahan negara.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap Muslimat Muda perlu lebih proaktif dalam tindakan bagi mensasarkan kluster pengundi muda dalam setiap program.

- Advertisement -

“Gabungan sayap Muslimat Muda PAS iaitu Ameerah, Briged Muslimat dan Nusaibah mampu menangani serangan pemikiran yang menyebabkan kecelaruan.

“Oleh itu mereka perlu memiliki jati diri dengan tiga sifat teras Ashabul Kahfi iaitu beriman, sentiasa mendapat petunjuk dan teguh pendirian,” katanya dalam ucaptama Muktamar DMPP di sini, hari ini.

Ujar beliau, Muslimat Muda juga mampu merangka dengan jelas hala tuju dan pelan tindakan seiring bersama Muslimat Veteran.

“Gabungan keduanya akan menutup ruang kelemahan dalam perjuangan Muslimat PAS bahkan menandai langkah progresif bagi membangunkan tenaga muda sebagai pelapis perjuangan.

“Kita juga memerlukan keterampilan muslimat profesional yang mempunyai pendidikan tinggi serta kepakaran di bidang masing-masing,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/9/22

- Advertisement -