Tentukan sebelum PRU15: Kawan atau lawan?

lawan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian gabungan antara parti-parti politik mesti berlaku ketika ini yaitu sebelum PRU15 dan bukannya sebagaimana kemahuan BN untuk menentukan perkara tersebut selepas itu.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, penentuan rakan politik mesti dibuat sekarang untuk memberitahu rakyat akan hala tuju gabungan dan kerajaan selepas PRU15.

Menurut beliau, pada ketika ini PAS adalah sebahagian dalam komponen PN dan sudah pasti bersama gabungan tersebut pada PRU15 nanti, namun masih mengalu-alukan penyertaan Umno-BN.

“Tapi kalau BN kata buat keputusan macam (Dato’ Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) sebut, Presiden (Umno) sebut, dia (Umno) nak bertanding solo, okey kita lawan. Kita lawan. Bagi PAS, rakyat dah rasa macam mana pemerintahan BN, berpuluh tahun.

“Rakyat dah tahu macam mana, apa akibatnya, apa kesannya, apa semua rakyat tahu dah. Pemerintahan PH, rakyat pun dah rasa 22 bulan. Macam mana pemerintah PH (tersebut),” ujar beliau.

Katanya, fleksibiliti memilih rakan dalam politik sentiasa mengambil kira kekuatan yang ada, misalnya tanpa berpakat di Selangor, maka PH akan kekal menang, menyebabkan Umno merasakan perlu bersama PAS di negeri itu.

Tetapi tegas beliau, sekiranya ingin bersama, maka ia mesti dilakukan untuk seluruh negara dan bukannya secara terpilih di negeri yang dimahukan Umno, namun di negeri lain mereka melawan PAS.

“Tempat yang you (Umno) tak suka you lawan (PAS), mana boleh. Di Kelantan nak lawan PAS, di Terengganu nak lawan PAS. Tapi di Selangor nak berkawan dengan PAS, tak bolehlah.

“Kalau kita berkawan, kita berkawan betul-betul. Kalau kita nak lawan, okey, kita lawan betul-betul,” ujar beliau dalam rancangan Feng Ren Guan dikendalikan Lum Chih Feng di Youtube, kelmarin.

PAS terangnya lagi, berpendirian jelas bahawa sedia berkongsi pemerintahan atau berada dalam gabungan untuk bersama di mana ia mesti berlaku secara kuat menerusi penyatuan yang turut melibatkan BERSATU.

“Katakanlah macam di Pahang, okey mungkin bagi kami kalau kita gabung, kita duduk bersama memerintah. Besar tanggungjawab kerajaan ni, bukan hanya jawatan bertanding politik, bukan hanya kerusi, tapi kerangka besar.

“Jadi oleh kerana itu, dalam konteks Selangor, mungkin PAS dengan Umno kuat di Selangor. Tetapi bagi PAS, kita perlu ada penyatuan tiga-tiga parti. Saya tengok macam kalau ini dapat kita kekalkan dan dinamik politik kita stabil, tenang.

“Tapi kalau kita berbeza-beza, Selangor pakat. Kelantan kita lawan habis-habisan. Eh tempat PAS kamu nak lawan, tempat yang lain berpakat, jadi tak boleh begitu. Kalau macam itu nanti PAS di Pahang kita lawan Umno, macam mana? Di Perlis kan Umno lead. Okey kita lawan Umno. Jadi tak boleh begitu.

“Jadi kalau kita nak pakat, kita pakat semua tempat. Kalau kita nak berkawan, biar kita berkawan semua tempat. Cuma, kerusi ini siapa punya, kerusi ini siapa punya itu kita boleh bincanglah. Kita boleh bincang,” aju beliau.

Tegas beliau, PAS juga masih berpendirian bahawa PH itu sebagai lawan melibatkan semua parti dalam gabungan itu, bahkan hasrat PAS selari sebagaimana slogan Umno sebelum ini iaitu ‘No DAP, No Anwar’. – HARAKAHDAILY 31/8/2022

- Advertisement -