PAS hanya sibuk dengan isu halal, haram?

halal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS yang berjuang atas dasar Islam tidak menjadikan hukum halal dan haram sebagai ketentuan sempit atau berkepentingan tetapi ianya adalah perintah dan tegahan ditetapkan Allah SWT.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, hakikatnya Islam sebagaimana diperjuangkan PAS adalah nilai yang sejagat dan bukan hanya untuk orang Islam.

Menurut beliau, sungguhpun hukum halal dan haram itu adalah untuk orang Islam sahaja, tetapi ia nilai yang baik dan positif untuk pelbagai sektor negara dan mencegah masyarakat umum dari kerosakan.

Sedang nilai yang sejagat terang beliau selaku juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), diperjuangkan untuk seluruh masyarakat dan bukannya atas bangsa seperti isu kemiskinan, keadilan politik, rasuah dan lain-lain.

Beliau mengupas demikian ketika bersiaran dalam rancangan Feng Ren Guan bersama pengendalinya yang juga pengulas isu semasa dan sosial, Lum Chih Feng di Youtube, kelmarin.

“Soal halal haram memang ini kita orang Islam memang kena jaga, kalau Tuhan kata tak boleh kita tak boleh buat. Sebab yang Tuhan kata tak boleh diharam itu ialah nilai yang merosakkan.

“Merosak kemanusiaan, merosak ekonomi sistem ekonomi kita, merosak sistem masyarakat kita, sebab itu Tuhan kata haram. Yang halal haram ni bukan PAS, tapi tuhan yang menentukan.

“Kalau nilai positif, Dia kata nilai halal itu nilai baik itu. Yang bila Tuhan kata halal mesti dia baik. Baik untuk ekonomi negara, baik untuk masyarakat, baik untuk keluarga, baik untuk negara, baik untuk manusia, baik untuk alam sekitar.

“Jadi oleh kerana itu halal haram ni hanya polisi, polisi baik buruk. Jadi kita kena pertahankan polisi ni. Kalau kita kata yang kata kalau yang haram itu kita kena benar, dia akan merosakkan.

“Jadi saya fikir itu di antara asasnya, yang realiti yang PAS pejuang itu kerana atas prinsip tersebut. Jadi saya fikir itu di antara yang kita kena faham kenapa dilihat PAS ni sikit-sikit halal, sikit-sikit haram,” jelasnya.

Beliau menyangkal persepsi salah terhadap PAS dalam beberapa isu antaranya berkenaan perkahwinan kanak-kanak bawah umur di mana hal tersebut tertakluk kepada enakmen agama Islam.

Kupas beliau, di dalam Islam perkahwinan mestilah mendapat kebenaran di mana izin pihak bapa diperlukan dan didaftarkan kerana ia melibatkan pertanggungjawaban dan pembinaan rumah tangga.

Ketika sama ujarnya, adalah kerana menolak pergaulan atau hubungan dan seks bebas yang merosakkan diri dan keturunan serta maruah, selain eksploitasi serius terhadap kanak-kanak mahupun kaum wanita.

Menurutnya, PAS tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur kerana khuatir kepada isu perceraian dan pertanggungjawaban keluarga atau menyebabkan ekploitasi serius menjadi kes jenayah. – HARAKAHDAILY 31/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -