Piala AFF Mitsubishi Electric: Malaysia jumpa Vietnam, Singapura

- Advertisement -

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

Skuad Harimau Malaya akan berdepan dua pesaing utama, Vietnam dan Singapura dalam kumpulan B pada Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Dua lagi pasukan yang melengkap kumpulan ini ialah Myanmar dan Laos yang tetap akan memberi ancaman kepada negara.

- Advertisement -

Sementara itu dalam Kumpulan A, juara bertahan Thailand diletakkan bersama Filipina, Indonesia, Kemboja dan satu lagi pasukan, sama ada Brunei atau Timor-Leste.

Malaysia yang kali terakhir menjuarai Kejohanan AFF pada 2010, tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi sebelum ini di bawah ketua jurulatih, Tan Cheong Hoe.

Kim Pan-gon dari Korea Selatan yang dilantik sebagai ketua jurulatih baharu, memimpin pasukan kebangsaan untuk layak ke Piala Asia AFC 2023.

Kejohanan AFF edisi 2022 bermula pada 23 Disember, lima hari selepas Piala Dunia FIFA akan datang di Qatar berakhir, memberikan aksi bola sepak berterusan untuk peminat bola sepak Asia Tenggara.

Kejohanan ini berakhir dengan perlawanan akhir timbal balas pada Januari 2023.

- Advertisement -