Alami Ramadan, Festival Tulip di Istanbul bersama Andalusia

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Pengalaman menyambut Ramadan dan Festival Tulip di Istanbul antara aktiviti menarik yang perlu dicuba jika melancong ke Turkiye.

Aktiviti itu disarankan sendiri oleh Pengurus Turkish Airlines di Malaysia, Muhammed Hamza Arslan ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan Turkish Airlines, di Impiana KLCC Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada Isnin.

- Advertisement -

Menurut Muhammed Hamza, suasana berbuka puasa yang meriah dengan limpahan lampu di sekitar Hagia Sophia dan Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru sepanjang malam di bulan Ramadan adalah pengalaman yang sangat menarik.

Katanya, rakyat Turki akan menghidupkan malam di sepanjang Ramadan bermula dengan berbuka puasa di sepanjang jalan antara Hagia Sofia dan Masjid Ahmed, termasuk restoran-restoran di sekitarnya.

Ida Riswana (kiri) dan Muhammad Hamza (tengah) pada Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan Turkish Airlines, di Impiana KLCC Hotel & Spa, Kuala Lumpur. (FOTO JAMAL KEMALA)

Beliau menambah, pelbagai aktiviti akan diteruskan, termasuk solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah sehingga matahari terbit.

Muhammad Hamza turut mempromosikan Festival Tulip di Istanbul yang sering diadakan sekitar penghujung Mac sehingga April bergantung kepada cuaca tempatan.

Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Ida Riswana Idris berkata pakej Umrah dan Ziarah Istanbul dan Bursa yang ditawarkan Andalusia memberi peluang kepada pelancong untuk menyelami tamadun Islam di Istabul sebelum mengerjakan ibadah umrah.

Masyarakat di Turki menghidupkan malam di sepanjang bulan Ramadan dimulakan dengan berbuka puasa di sepanjang jalan antara Hagia Sofia dan Masjid Ahmed, termasuk restoran-restoran di sekitarnya.

Katanya, pakej berkenaan bukan sahaja menjimatkan kos, malah membantu ramai pelancong yang berhasrat untuk ke Istanbul semasa dalam perjalanan mengerjakan umrah.

“Pelancong akan berasa puas dengan pakej yang ditawarkan sepanjang empat hari dua malam di Istanbul dan Bursa, banyak tempat menarik yang akan kita ziarah.

“Contohnya, Hagia Sophia, Topkapi Palace, muzium dan banyak lagi. Terutamanya ketika musim sejuk, ia adalah musim yang sangat digemari pelancong,” ujarnya.

Harga pakej yang ditawarkan Andalusia bermula daripada  RM8,990 termasuk visa semasa masing-masing di Bursa dan Istanbul selama empat hari tiga malam, dan 10 hari di Madinah dan Makkah. – HARAKAHDAILY 30/8/2022

- Advertisement -